Wednesday, 19 March 2014

KENALI HP ORIGINAL SET & AP SET

Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami di highspecpcit ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi teguran.

DEFINISI

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond) WARRANTY

Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuktransceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.

HARGA

Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Tambahan :-
Underwater set
Pernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition)
Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!

Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.

SUMBER > http://www.highspecpcit.com.my/pages.php?pageid=15

Wednesday, 27 November 2013

Bahaya Membunuh Lipas

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

2 minggu lepas punya cerita: Villa Nabila

Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu.

Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa bodohnya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat.

Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat.

Jika tidak ALLAH akan izinkan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membodohkan kita semua.


Remaja hilang di vila misteri dijumpai
19/11/2013 11:08am

JOHOR BAHRU – Remaja 16 tahun, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, yang dilaporkan hilang selepas masuk ke sebuah vila terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini telah ditemui pagi ini. Remaja terbabit ditemui di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara di sini pukul 2 pagi. Ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 38, ketika dihubungi pemberita mengesahkan anaknya itu telah ditemui. – KOSMO!


Nak tahu cerita mengenai Villa Nabila? click disini



Sunday, 24 March 2013

PELAJAR 'PENGSAN' KETIKA SEDANG BELAJAR


SERI ISKANDAR, 25 mac - jam menunjukkan bahawa sekarang pukul 05:48 pagi. dan aku sangat mengantuk sekarang ini. memandangkan final exam hampir tiba, aku terpaksa memaksakan diri aku untuk stay up sampai pagi untuk study. tp... study ke aku? hahahaha. tiada tempat yg lebih sesuai untuk overnite melainkan di mcd yang berhampiran dengan uitm seri iskandar. dikatakan mereka pergi berempat, tiga perempuan dan seorang lelaki.

pada mulanya ke semua mangsa nampak aktif dan riang sekali ketika belajar. namun apabila jam telah menunjukkan dalam lingkungan jam 4. seorang daripada mereka telah tumbang. diikuti pula dengan rakannya, dan akhirnya tinggal seorang lagi mangsa lelaki yang masih belum tumbang sehingga sekarang. 

warghhh!! aku dah mngantuk. aku pon nak tidur. bye!!

Tuesday, 27 November 2012

CUTI SEM ?


troot. troot..

cuti semester apa aku buat ehh?? yeahh. hahaha. tak buat pape ponn, hanya membesarkan perut yang sememangnya sudah besar. hahaha!! disebabkan aku malas nak kerja dan penat, terpaksalah aku membesarkan seorang budak. yeaa. budak tu adalah adik aku yang bernama Raiyan Haziq. tinggallah kami shj yang berada di rumah. yang lain sibuk bekerja. adik aku yg sorg lagi tuu masuk plkn. dah adik aku yg nih nak bermanja-manja dgn aku pulak. manalah aku tahu nak buat susu, nak tukar pampers kann. haishh. 23 NOVEMBER adalah birthday adik aku nih. dan aku lupa. bagusnya abang macam nih. hahaha. nak tahu apa yang kami buat untuk menghilangkan bosan?? jeng. jeng. jeng. hahaha!!





Sunday, 25 November 2012

BOIKOT ?



Sekarang isu boikot produk Israel, ada sesetengah golongan yang tak suka, cakap, kalau boikot pun xde kesan laa, apa laa.... suka admin nak kongsi satu cerita, jom baca :)


DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka
 bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim.

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu.

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”.


Tuesday, 13 November 2012

Whatsapp dengan orang GILA !!

Tadi ntah macam mana aku boleh tetiba terWhatsapp dengan orang gila. Yang aku pulak jujur je layan kann. hahaha!! Memaang dah macam orang gila jer rasa whatsapp dengan dye nihh. haishh. Tengah-tengah seronok whatsapp pastu dye ckp dye nak pindah dekat Melbourne n skrg dye tga otw nak ke sana. hmm. dengan secara tiba-tiba hati aku rasa sedih. haha. walaupun kiorg hanya kawan n baru je kenal dah nak tggalkan aku. lepas tu dye bagi tau dye bergurau jer. dye main-mainkan aku. weyy! TAK KELAKAR LAH GILA!! SERIUS TAK KELAKAR OKEYY!! http://deanfiee.blogspot.com/